23 Oktober 2013 - Di UKM, rumah calon-calon Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kononnya telah disabotaj oleh pihak tertentu dengan dilempar bom. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.40 pagi tadi.
Mengulas mengenai kejadian tersebut, pengerusi GMUKM, Abdullah Sani memberitahu hal ini menjadi bukti calon-calon yang ditonjolkan oleh GMUKM mampu menggugat pihak tertentu, sehingga sanggup melakukan cubaan membunuh.
Menurut penganalisis politik, insiden rumah calon Gabungan Mahasiswa UKM (Pro M UKM) dilempar bom memberi kelebihan kepada gerakan itu untuk menang 22 kerusi pilihanraya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di UNIVERSITI MALAYA, pilihanraya kampus sudahpun bermula dengan sesi penamaan calon pada 25 November dan pembuangan undi akan dilakukan pada 28 November 2013. Dijangkakan dalam tempoh pilihanraya ini, pelbagai perkara luar biasa mungkin berlaku berdasarkan black ops yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini. Dan pastinya kejadian yang pelik-pelik ini akan memberi kelebihan kepada Pro Mahasiswa dan secara tidak langsung menyalahkan Penggerak Mahasiswa.
Jika tahun ini rumah calon Pro M UKM dilempar bom. apakah kemungkinan yang akan berlaku pada calon-calon Pro M UM?
Adakah mahasiswa/i UM akan diperbodohkan lagi?
Adakah mahasiswa/i UM akan ditipu hidup-hidup lagi hanya untuk meraih kemenangan secara kotor?
Bersediakah mahasiswa/i UM akan segala kemungkinan yang akan berlaku?
Sama-samalah kita nantikan dan berdoa agar kejadian-kejadian bodoh ini tidak berlaku lagi.
ENOUGH is ENOUGH
No comments:
Post a Comment