Monday 25 November 2013

2009/2010 : KEPALA BABI DI SURAU API



Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS di dalam surau Akademi Pengajian Islam.

"Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar." Berikut adalah kenyataan dari Norazali Zainuddin (Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, pelajar Akademi Pengajian Islam, UM)



Foto ini diambil dari MahasiswaKini, satu laman blog Pro M. Bagaimana mereka boleh dapat foto ini sedangkan polis sudahpun berkawal di sekitar surau berkenaan?

Pejabat PMIUM disembur dengan tulisan "PMIUM BABI". Ini bermakna kejadian kepala babi diletakkan dalam surau adalah kejadian yang berulang tetapi dengan cara yang berlainan. Jika dulu "PMIUM BABI", sekarang KEPALA BABI sendiri turut dijadikan sebagai bahan psywar. Bagi mereka yang menganalisis sesuatu kejadian secara sekilas pandang, isu tulisan "PMIUM BABI" dan "FUCK" lebih terarah untuk menuduh pihak Penggerak Mahasiswa yang melakukannya. Motifnya dibuat untuk tuduhan diarahkan kepada Penggerak Mahasiswa.

#MahasiswaBijakMenilai


2010/2011 : BANTAHAN SISTEM E-VOTING



29 Januari 2010 - Pengenalan sistem e-undi pada Pilihanraya Kampus kali ini mendapat bantahan hebat daripada Pro Mahasiswa.

TUNTUTAN BANTAH TERHADAP PERLAKSANAAN SISTEM E-UNDI.

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) berpendirian dan menuntut pada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta HEP agar :

1) Segera menangguhkan pelaksanaan E-Undi dan mengembalikan pengundian kepada sistem manual.
2) Memindahkan lokasi pembuangan undi daripada kolej kediaman kepada fakulti masing-masing bagi menjamin ketelusan dan kebebasan.
3) Melibatkan badan-badan bebas dan berautoriti seperti SPR dan MAFREL, bagi memantau perjalanan PRK

Demostrasi besar-besaran telah dilakukan bagi membantah e-undi dan pada tahun tersebut, Pro Mahasiswa menang PRK dengan sistem e-undi tersebut. Tiada lagi bantahan selepas kemenangan Pro Mahasiswa :)

#MahasiswaBijakMenilai


2011/2012 : MASTURAH HILANG??



21 Februari 2011 - Seorang calon Pilihanraya Kampus Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar dilaporkan hilang. Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang semalam semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen  di Blok Pangsapuri Pantai permai, Pantai Dalam, yang menjadi tempat penginapan luar penuntut UM. Masturah, yang merupakan calon Pro Mahasiswa, (Pro M UM) akan bertanding kerusi umum PRK UM itu esok, dilaporkan menerima khimat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dari orang yang tidak dikenali sebelum ini.

"Woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat?"

Masturah Abu bakar, 22, yang mewakil Pro M dipercayai hilang ketika berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai pada jam 4.15 petang, 19 Februari 2011. Pada awal kehilangan Masturah, pelbagai pihak mula menyalahkan pihak lain sebagai bersalah dan ada yang menyalahkan pengurusan universiti yang patut bertanggungjawab.



Akhirnya Masturah ditemui di Masjid Terang Jenang, kira-kira 36 kilometer daripada lokasi kehilangannya. Ada pendapat yang mengatakan kehilangan Masturah ini adalah sesuatu yang dirancang untuk menarik simpati dan perhatian daripada pengundi di Universiti Malaya. Ianya juga dikatakan satu taktik untuk menutup cerita keganasan pelajar-pelajar Pro mahasiswa yang mengusung mayat dan memecahkan pintu pejabat TNC HEP.

Masturah adalah pemilik laman UMKini, dlaam tempoh kehilangan Masturah antara jam 4.15 petang, 19 Februari 2011 laman tersebut telah menghantar dua emel kepada NetKL.com untuk menghentikan sementara operasi UMKini pada jam 1.35 pagi dan 10.12 pagi oada 20 Februari 2011. Mengapa laman UMKini perlu dihentikan sementara? Bukankah pengendali laman tersebut sedang hilang, jadi siapa yang hantar emel kepada Net.KL. Misteri ini perlu dijawab oleh Masturah sendiri.

Dan kesannya, Masturah menang dan Pro Mahasiswa menang besar ketika itu. Jelas ketara strategi politiknya.


#MahasiswaBijakMenilai


2012/2013 : EDIKOUP DIPUKUL?



25 Sept 2012: Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto dilaporkan dipukul pada malam 24 September 2012. Edikoup mendakwa dipukul oleh 5 l3laki tidak dikenali di Petaling Jaya. Edikoup mendakwa kejadian bermula di Seksyen 17 apabila motosikal yang ditunggangnya dihalang lelaki berkereta. Kumpulan lelaki tersebut mengheret Edikoup dan menyerang di bahu jalan. Edikoup mendakwa dipukul dengan topi keledar selain diterajang, disepak, dan berbagai lagi hingga menyebabkan kecederaan serius. Sebelum itu, pada pagi 4.32 September 2012, Edikoup telah membuat laporan polis bahawa telah didatangi oleh 3 lelaki menaiki Proton Wira bewarna merah di rumah Markaz Pro Mahasiswa.

1) Amat tidak masuk akal apabila 3 orang lelaki lelaki yang datang menemuinya gagal dikenalpasti identitinya. Takkanlah jentera Pro Mahasiswa membiarkan sahaja Edikoup dipukul berseorangan?

2) Edikoup selaku Pengerusi Pro Mahasiswa boleh dibiarkan berseorangan setelah mendapat ugutan daripada lelaki yang tidak dikenali? Ini menimbulkan keraguan..

3) Kenapa cerita dan ugutan ini muncul pada malam sebelum pengundian? Untuk meraih undi simpati kepada Pro Mahasiswa?

4) Tanpa diketahui siapa pelaku dan motif, ia jelas cuba membina persepsi bahawa pemukulnya dari Pihak Penggerak Mahasiswa. Fitnah?

5) Amat pelik apabila MalaysiaKini hanya menyiarkan gambar Edikoup menutup hidung tanpa kecederaan parah seperti yang dilaporkan 5 orang memukulnya dengan teruk.


#MahasiswaBijakMenilai

2013/2014 : WHAT'S NEXT?


23 Oktober 2013 - Di UKM, rumah calon-calon Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kononnya telah disabotaj oleh pihak tertentu dengan dilempar bom. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.40 pagi tadi.
Mengulas mengenai kejadian tersebut, pengerusi GMUKM, Abdullah Sani memberitahu hal ini menjadi bukti calon-calon yang ditonjolkan oleh GMUKM mampu menggugat pihak tertentu, sehingga sanggup melakukan cubaan membunuh.

Menurut penganalisis politik, insiden rumah calon Gabungan Mahasiswa UKM (Pro M UKM) dilempar bom memberi kelebihan kepada gerakan itu untuk menang 22 kerusi pilihanraya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di UNIVERSITI MALAYA, pilihanraya kampus sudahpun bermula dengan sesi penamaan calon pada 25 November dan pembuangan undi akan dilakukan pada 28 November 2013. Dijangkakan dalam tempoh pilihanraya ini, pelbagai perkara luar biasa mungkin berlaku berdasarkan black ops yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini. Dan pastinya kejadian yang pelik-pelik ini akan memberi kelebihan kepada Pro Mahasiswa dan secara tidak langsung menyalahkan Penggerak Mahasiswa.

Jika tahun ini rumah calon Pro M UKM dilempar bom. apakah kemungkinan yang akan berlaku pada calon-calon Pro M UM?

Adakah mahasiswa/i UM akan diperbodohkan lagi?

Adakah mahasiswa/i UM akan ditipu hidup-hidup lagi hanya untuk meraih kemenangan secara kotor?

Bersediakah mahasiswa/i UM akan segala kemungkinan yang akan berlaku?

Sama-samalah kita nantikan dan berdoa agar kejadian-kejadian bodoh ini tidak berlaku lagi.


ENOUGH is ENOUGH



"You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time."